Manogaran Marimuthu
Manogaran Marimuthu

Manogaran Marimuthu

Manogaran a/l Marimuthu (lahir 14 Julai 1959) atau lebih dikenali sebagai M. Manogaran merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan, Negeri Perak dari DAP. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon yang juga penyandang kerusi tersebut dari Barisan Nasional-Gerakan, Mah Siew Keong dengan majoriti sebanyak 1,470 undi. Beliau memperolehi 18,486 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,016 undi. Pada pilihan raya umum 2008, Manogaran memenangi kawasan Parlimen Teluk Intan dalam tiket DAP. Beliau bertanding menentang penyandang Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).[1] Beliau bertanding di kerusi Pahang Cameron Highlands pada pilihan raya 2013, dan dikalahkan oleh menteri kerajaan G. Palanivel yang merupakan presiden Kongres India Malaysia (MIC).[2]Pada PRU ke14, beliau masih bertanding di Cameron Highlands tetapi tewas lagi, beliau juga tewas pada PRU Cameron Highlands 2019.